Monday, August 31, 2009

PERHATIAN KEPADA PENGGUNA-PENGGUNA ISLAM MALAYSIA TERHADAP BARANGAN DARI KILANG BIHUN BERAS INDAH (KBBI) YANG MASIH BEROPERASI DAN MENGGUNAKAN TANDA HALAL TIDAK SAH!!!!!!
Pada 17 September 2007, Pulau Pinang- Negara kita telah digegarkan oleh satu blog yang panas lagi hangat mengenai sebuah syarikat memproses bihun perisa babi yang telah memperdaya para pengguna dan pembeli. Malahan berita di saluran TV3 juga telah mengupas isu pedas ini. Kilang Bihun Beras Indah Sdn. Bhd. (KBBI)(Co. No. 365216-T) telah beroperasi semula walaupun telah disita oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN & HEP), Putrajaya. Malangnya, kilang yang berfikir hanya untuk mengaut keuntungan ini terus-terusan menghasilkan produk TIDAK HALAL, KOTOR, dan JIJIK ini tanpa mempeduli dan menghormati undang-undang dan masyarakat Islam khususnya.
Pihak berkuasa telah berulang kali menjalankan penyiasatan terhadap operasi yang dijalankan kilang tersebut malahan pernah disiarkan oleh media massa Metro. Aneh sekali pihak berkuasa masih tidak dapat mengawal kegiatan sinis ini.

KERATAN AKHBAR METRO

BERFIKIR SEBELUM MEMBELI!!!!!!

Lihat keterangan lanjut di bawah

Terkini, mereka telah menipu orang ramai dengan menukar alamat premis kepada yang baru dalam menjalankan perniagaan lama mereka iaitu perniagaan pemprosesan bihun walhal kawasan pemprosesan bihun tersebut masih di tempat yang lama iaitu bersebelahan kandang babi.
Alamat premis sebenar yang beroperasi iaitu sebelah kandang ternakan babi :
Lot 1123
Tingkat Selamat 6
Kampung Selamat, Tasek Gelugor
Seberang Prai
13300 Pulau Pinang

Ke alamat baru
No 2736,
Tingkat Selamat 6,
Kampung Selamat,
13300 T.Glugor,
Seberang Prai Utara, Malaysia

KBBI yang berkeluasan 4 hingga 5 hektar ini terletak bersebelahan kandang ternakan babi yang hanya dipisahkan oleh pagar yang tidak seberapa itu mengelirukan para pengguna dengan meletakkan tanda halal sendiri dalam tulisan jawi dan rumi yang tidak pernah diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Malahan permohonan untuk mendapatkan sijil pengiktirafan halal pernah ditolak oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Anak panah di sebelah kanan menunjukkan kilang Bihun Beras Indah manakala anak panah di sebelah kiri menunjukkan pusat ternakan babi.

Logo halal bermaksud logo yang dikeluarkan oleh JAKIM/ JAIN/ MAIN dan mengandungi:
Logo halal yang sah dari
JAKIM mempunyai:
a) bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
b) perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang;
c) diikuti tulisan rumi “HALAL”;
d) bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا dalam perkataan Arab;
e) dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.

Logo HALAL sah dari JAKIM
Manakala logo halal JAIN/MAIN:
a) di bawah tulisan rumi “HALAL” terdapat kod pendaftaran logo halal bagi negeri:
i. huruf “H” yang bermaksud Halal
ii. nombor kod negeri mengikut Jabatan Pendaftaran Negara
iii.contoh : H-10
‘H’ bermaksud Halal
‘10’ melambangkan kod pendaftaran negeri Selangor


Logo HALAL sah dari JAIN/ MAIN

Logo HALAL keluaran Kilang Bihun Beras Indah

Syarikat ini yang dahulunya memproses bihun
CAP CILI, CAP KETUPAT, CAP LANGSAT, CAP CABAI BURUNG, CAP BUNGA KANGKUNG, CAP CIK YATI dan CAP PHOENIX tetap berdegil dan terus menipu masyarakat dengan beroperasi semula baru-baru ini walaupun telah diarah untuk menutup kilang pada tahun lepas. Untuk lebih mengelirukan pengguna, kilang tersebut mengeluarkan jenama yang baru sedangkan tapak premis dan bahan-bahan masih lagi yang sama tanpa ada sebarang perubahan.

Jenama-jenama yang baru ialah CAP MASJID, bihun ekonomi CAP NYONYA, CAP KRIS, CAP LAKSA KAMPUNG, CAP LAKSA SILAT, CAP JATI, CAP KAPAL LAYAR dan CAP SYAIRIAH. Amat sedih sekali bila KBBI yang memang sah milik penuh orang bukan Islam selalu mengeksploitasikan jenama-jenama berunsurkan keIslaman dan kemelayuan sedangkan KBBI sedikit pun tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan. Lebih-lebih lagi tempat pemprosesan bihun ini betul betul bersebelahan kandang BABI. KBBI bukan sahaja di kunjungi oleh pemborong malahan lalat lalat serta tikus dari jiran sebelah turut rajin memberi kunjungan, bukan itu sahaja terdapat bau bauan didalam kilang bihun tersebut yang kami sedia maklum.

Keadaan dalam kandang babi yang bersebelahan kilang KBBI
Sememangnya bihun dibuat dengan menggunakan bahan asas iaitu tepung beras yang halal, tetapi……. Pernahkah kita terfikir apakah bahan sampingan yang digunakan dalam pemprosesan bihun ini? Adakah sumber air yang disalurkan bersih dan suci seperti yang disyariatkan oleh agama Islam?. Jawapannya TIDAK…Pemprosesan bihun ini adalah bertentangan dengan etika halal kerana memproses dengan menggunakan bahan sampingan yang tidak halal. Masakan bersih, kandang babi bersebelahan kilang pemprosesan bihun. Bayangkan sahajalah, air adalah cecair yang mengalir. Bukan sahaja melalui lantai malahan tanah bumi jua air boleh melaluinya. Jikalau sudah bersebelahan, sudah pastinya mereka berkongsi longkang, saluran paip dan sebagainya. Air bawah tanah digunakan pula untuk diproses bagi penjimatan kos. Lagi- lagi tuan kilang bihun dan penternakan babi mempunyai hubungan persaudaraan. Memang tidak dinafikanlah ia menggunakan sumber air yang tidak suci dan najis dari babi.
Kasihanilah pengguna yang tidak mengetahui disebalik tabir bihun yang menjadi kegemaran mereka. Lazat saja pada pandangan mereka.

Saluran parit yang tidak terurus
Bayangkanlah situasi ngeri ini. Alangkah lebih baiknya KBBI hanya menghasilkan produk berjenama CAP BABI di bungkusan produk mereka. Bukan apa, ianya menyatakan dengan telus supaya tidak mengaburi pandangan masyarakat muslim amnya.
Atau pun KBBI boleh mencetak dengan jenama
CAP H1N1. Ini kerana dunia sekarang digemparkan oleh wabak H1N1 (Influenza A) iaitu selsema babi. Malaysia tak terkecuali. Virus Influenza A ini berasal dari wabak yang menjangkiti populasi babi. Mereka yang bekerja dengan ternakan ayam dan babi terutama mereka yang terdedah secara langsung, berisiko dijangkiti virus daripada haiwan tersebut.Takkanlah sesame jiran malahan bersaudara tak bertegur sapa atau berjabat tangan. Ngeri sungguh dengan situasi tersebut. Lebih cepatlah wabak H1N1 ini merebak.
Tambahan lagi, untuk mengaburi mata pengguna, mereka dengan cerdik otaknya telah berfikiran kolot dengan meletakkan
alamat yang berlainan dari alamat kilang sebenarnya di Kampung Selamat pada bungkusan bihun. Pastilah pengguna tidak akan membeli bihun tersebut jika diketahui adalah bihun keluaran KBBI serta terletak di Tingkat 6, Kampung Selamat yang semestinya perkampungan ternakan babi. Selain dari alamat premis yang telah ditukar, kilang tersebut juga bertindak menutup mata pengguna dengan meletakkan nama dan alamat pengedar atau pendaftar yang tidak dikenali para pengguna sebagai salah satu anak syarikat KBBI. Antara nama pengedar tersebut adalah GAN CHOON HIN & BROTHERS TRADING SDN.BHD, PERNIAGAAN YC ENG, Setia Jaya Murni Enterprise, TWENTY-TWENTY FOOD INDUSTRY SDN BHD dan SERBA WANGI SDN BHD. Seharusnya pada bungkusan bihun perlu diletakkan alamat Kilang Bihun Beras Indah seperti yang telah tercatit di dalam undang-undang. Takutkah mereka dengan mencetak nama premis lain sebagai ganti.

Alamat Setia Jaya Murni Enterprise

Alamat PERNIAGAAN YC ENG

Alamat TWENTY-TWENTY FOOD INDUSTRY SDN BHD

Alamat SERBA WANGI SDN BHD

Alamat GAN CHOON HIN & BROTHERS TRADING SDN.BHD


GAN CHOON HIN & BROTHERS TRADING SDN.BHD yang terletak di Kluang, Johor

PERNIAGAAN YC ENG di Skudai, Johor Bahru, Johor. (unit tengah)
Alamat PERNIAGAAN YC ENG yang dicetak pada bungkusan bihun ekonomi Cap Nyonya ini terletak di Skudai, Johor Bahru, Johor . Ia merupakan RUMAH KEDAI 2 TINGKAT dan bukan tempat pemprosesan bihun dan permis tersebut masih kosong. Bertujuan untuk mengaburi mata orang ramai.
Setelah diselidik, rupanya mereka hanya
menukar bungkusan bihun yang lama pada yang baru. Bungkusan jenama terdahulu seperti CAP CILI, CAP KETUPAT, CAP LANGSAT, CAP CABAI BURUNG, CAP BUNGA KANGKUNG, CAP CIK YATI dan CAP PHOENIX yang dahulunya telah disita telah ditukar kepada bungkusan yang baru iaitu CAP MASJID, CAP KRIS, CAP NYONYA , CAP LAKSA KAMPUNG, CAP LAKSA SILAT, CAP JATI, CAP KAPAL LAYAR, CAP SERAMA dan CAP SYAIRIAH. . Sudah tentulah tiada penukaran pada bihun tersebut. Rugilah tuan kilang jika menukar sekali bihunnya. Sudah tentu jua proses yang dilakukan adalah sama. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Kalau mahu untung, tukar sajalah bungkusan. Jual bihun yang sama. Tiada bezanya jika memproses lagi.
Pintar sekali kilang tersebut. Siapakah yang telah memberi idea yang bernas ini? Bagaimana pula barang keluaran terdahulu mereka masih kekal ada?
Untuk pengetahuan pembaca, kilang yang telah disita ini tidak boleh menjalankan perniagaan mereka oleh kerana kawasannya yang bersebelahan kandang babi. Seharusnya mereka tutup dan tidak beroperasi dan jikalau masih mahu menjalankan perniagaan, lakukanlah di kawasan yang bersih dan sesuai untuk pemprosesan bihun.
Risau sahajalah mereka dalam menjalankan perniagaan di tempat baru. Janganlah pula menipu para pengguna lagi.
Lagi perangai pelik dan tak bertanggungjawab KBBI kepada semua pengguna dan pembeli dalam cetakan
tempoh tarikh luput. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kerajaan Malaysia telah menetapkan setiap produk atau barangan yang berupa makanan yang dihasilkan hanya diberi 2 tahun tempoh tarikh luput dari tarikh produk tersebut dihasilkan. Gila agaknya KBBI dengan sesuka hati meletak tarikh luput sehingga tahun 2015. Kenapa tak dicetak dibungkusan bahawa bihun tersebut boleh dimakan sehingga 100 tahun lagi !!

Tarikh luput pada tahun 2015 iaitu 7 tahun akan datang

Siapakah yang sebenarnya berkuasa dalam menghalang kegiatan licik ini berlaku? Menurut sumber yang dipercayai, Kilang Bihun Beras Indah mempunyai sejarah yang buruk berkenaan kegiatan mereka. Kilang tersebut telah diserbu oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - P.Pinang, Jabatan Kesihatan Negeri P.Pinang dan Majlis Agama Negeri P.Pinang. Pada kali terakhir mereka diserbu adalah pada tahun 2007 dan dipaksa tutup oleh pihak yang berkuasa.

Tetapi apakah yang terjadi sekarang ? Tidak sampai 2 tahun kilang tersebut disita. Mereka dengan penuh azamnya membuka semula malahan melanggar lebih undang-undang yang telah ditetapkan kerajaan Malaysia.
Longgar sangatkah undang-undang Negara kita? Dimanakah longgarnya jikalau begitu?Ataupun pihak berkuasa tidak menjalankan tugas memantau. Ataupun ada kisah lain di bawah meja.
Dimanakah etika kemanusiaan masyarakat Negara kita? Janganlah memburukkan nama Negara Malaysia lebih-lebih lagi Malaysia adalah pengeluar produk halal dalam dan luar Negara.

Gambar JENAMA BARU keluaran KBBI serta KESALAHAN pada bungkusan
CAP MASJID

CAP SYAIRIAH


Jenama ini diedar oleh
Setia Jaya Murni Enterprise
167, Jalan Machang, Kampung Kubang Gali,
17500 Tanah Merah, Kelantan

Cap Masjid yang diedarkan ini telah melanggar undang-undang kerajaan iaitu dicetak alamat Setia Jaya Murni Enterprise yang terletak di Tanah Merah, Kelantan walhal bihun ini dibuat dan diedar oleh KBBI, Kampung Selamat.
Lagi kesalahan pada bungkusan ialah tiada tanda HALAL dan tarikh luput bihun adalah pada 31/12/2015 iaitu tarikh pada 7 tahun akan datang.
Selain itu, mereka tanpa segan silunya meletakkan nama
cap Masjid serta lambang surau, bulan dan bintang yang tentunya merupakan lambang-lambang agama Islam pada bungkusan bihun agar menipu mata para pengguna lebih-lebih lagi yang beragama Islam. Hal ini terang-terangan telah mempersendakan agama Islam dan penganutnya.

BIHUN EKONOMI CAP NYONYA

Jenama ini diedar oleh
Perniagaan YC ENG
22, Jalan Emas Putih 2,
Taman Sri Skudai,
81300 Skudai,
Johor Bahru, Johor

BIHUN EKONOMI CAP NYONYA yang diedarkan ini telah melanggar undang-undang kerajaan iaitu dicetak alamat Perniagaan YC ENG yang terletak di Skudai, Johor Bahru, Johor walhal bihun ini di buat dan diedar oleh KBBI, Kampung Selamat.
Lagi kesalahan pada bungkusan ialah tanda HALAL yang tidak sah dan tarikh luput bihun adalah pada 31/03/2013 iaitu tarikh pada 5 tahun akan datang.

BIHUN EKONOMI CAP KRIS


Jenama ini diedar oleh
GAN CHOON HIN & BROTHERS TRADING SDN.BHD
Lot Plo 11,
Jalan Mahsuri 1,
Kawasan Perindustrian Kluang,
6.5km, Jalan Mersing,
86007 Kluang, Johor
BIHUN EKONOMI CAP KRIS yang diedarkan ini telah melanggar undang-undang kerajaan iaitu dicetak alamat GAN CHOON HIN & BROTHERS TRADING SDN.BHD yang terletak di Kluang, Johor walhal bihun ini diedar oleh KBBI, Kampung Selamat.
Lagi kesalahan seperti mengemukakan alamat palsu serta tarikh luput yang tidak menepati syarat.

CAP LAKSA SILAT


CAP LAKSA KAMPUNG


BIHUN CAP SERAMA

Jenama ini diedar oleh
TWENTY-TWENTY FOOD INDUSTRY SDN BHD
No 1, Jln Kampung Kedundung,
Pokok Sena, Mk. Jabi,
06400 Alor Setar,

Kedah Darul Aman.
BIHUN CAP LAKSA SILAT , CAP LAKSA KAMPUNG DAN CAP SERAMA yang diedarkan ini telah melanggar undang-undang kerajaan iaitu dicetak alamat TWENTY-TWENTY FOOD INDUSTRY SDN BHD yang terletak di Alor Setar, Kedah walhal bihun ini diedar oleh KBBI, Kampung Selamat.
Lagi kesalahan adalah tanda halal yang tidak sah.

CAP KAPAL LAYAR

Jenama ini diedar oleh
SERBA WANGI SDN BHD
Lot 2171,
Jalan Bukit Raya,
06700 Pendang,
Kedah Darul Aman.

Dikilangkan oleh
TWENTY-TWENTY FOOD INDUSTRY SDN BHD
BIHUN CAP KAPAL LAYAR yang diedarkan ini telah melanggar undang-undang kerajaan iaitu dicetak alamat
SERBA WANGI SDN BHD yang terletak di Pendang, Kedah walhal bihun ini diedar oleh KBBI, Kampung Selamat.
Lagi kesalahan adalah tanda halal yang tidak sah.

BIHUN JATI



Kilang Bihun Beras Indah Sdn. Bhd.

Pandangan hadapan Kilang Bihun Beras Indah


Kilang Bihun Beras Indah yang tidak indah dan kotor lagi menjijikkan.


Papan tanda GAN CHOON HIN & BROTHERS TRADING SDN.BHD yang bersebelahan kilang


Pandangan sisi 3D GAN CHOON HIN & BROTHERS TRADING SDN.BHD

Lagi PENIPUAN…Gambar diatas merupakan GAN CHOON HIN & BROTHERS TRADING SDN.BHD yang terletak di Kluang, Johor. Kawasan yang penuh dengan barang-barang ini bukanlah merupakan kilang pemprosesan Bihun.


PERHATIAN

Keterangan lanjut sila layari link di bawah:

myjakim.blogspot.com

9 comments:

  1. dulu tahun 2007 dah kena raid kilang ni...ngape boleh beroperasi lagi ?

    ReplyDelete
  2. sahabat ana dah tengok kilang ni...nak tahu macamana rupa dia pegi masa musim hujan...punya la 'cantik'...nak cantik lagi pegi bahagian belakang kilang ni, walau pun di luar kawasan kilang tp najis makhluk yang satu ni ada di mana-mana dalam kebun kelapa sawit...kalaupun halal tp lalu ke tekak tu...

    ReplyDelete
  3. nape leh operasi lg..kte tny la sape yg btanggungjawab
    sape2 cpat agkt tgn
    xde sape yg pantau ke
    mkn gaji buta ke

    najis dmane2
    hish..kalo da tahi kucing pon ak geli
    tahi makhluk ni lagi ak geli

    ReplyDelete
  4. hahahaha
    tahi orang pun aku geli
    xsudah2 la cite ni

    ReplyDelete
  5. awat leh jd lagu tu???mana p pikah btanggungjawab???duk goyang kaki ka???

    ReplyDelete
  6. Hello readers, this news its a malicious rumors by competitors.

    The KAMPUNG BRAND, JATI BRAND, CAP SERAMA MAS, SILAT produced by Twenty-Twenty Sdn Bhd which has nothing related with the regarding company.

    This is merely the rumors created by competitor.

    Please check the official news for more information

    http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=489012

    By BERNAMA

    ReplyDelete
  7. ini bukan soal rumors @ tidak...

    ttp ini isu yg b'kait rapat dgn p'juangan umat islam di Malaysia yg menuntut hak mereka utk mendptkan produk Halal & Thoyyibah!!

    ada p'kara yg kita boleh b'tolak ansur, ttp tentang isu halal dan haram kita tidak boleh berkompromi!!

    ini lah akibat drp kelalaian muslim di Malaysia yg memandang sepi ttg isu produk muslim. Support our Muslim Product!!...itu shj cara untuk kita tidak diperlekehkan!!....

    Kembalikan produk muslim ke pangkuan umat islam!!.....

    ReplyDelete
  8. Ya AllAh...SaYa nI SuKa SgT MkN BiHn AyM Serama NgAn LaksA Kg...Dah ThU McM Ni..GeLi La puLa...KeNaPa Masih EdAr LgI...DiMaNaKh PiHak Yg BerTngguNg Jwab Ni Pergi....

    ReplyDelete
  9. this kind of sabotage just act like small children.Hope you will get the punishment you should get and beware on Dosa.

    ReplyDelete